Find Tuition/Enrichment Centres

Pencalonan Dibuka Untuk Anugerah Guru Arif Budiman 2017

Pencalonan dibuka untuk Anugerah Guru Arif Budiman (AGAB). Dimulakan pada tahun 2007, AGAB merupakan anugerah tahunan yang bertujuan untuk mengiktiraf guru-guru bahasa Melayu di peringkat sekolah rendah, sekolah menengah, institusi pusat dan maktab rendah yang berbakti secara bermakna dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu.

2. Calon-calon akan dinilai berdasarkan keupayaan mereka meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan minat terhadap pengajaran dan pembelajaran bahasa, sastera dan budaya Melayu dalam kalangan pelajar-pelajar mereka. Dedikasi dan komitmen calon terhadap pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu di dalam dan di luar bilik darjah, serta kepekaan dan keprihatinan calon terhadap keperluan dan kebajikan pelajar juga akan dipertimbangkan. Calon-calon juga harus mencerminkan nilai-nilai Arif Budiman – insan yang berilmu pengetahuan yang berbakti kepada masyarakat – melalui khidmat cemerlang dan merupakan suri teladan sebagai seorang pendidik.

3. Penganugerahan ini, yang masuk tahun kesebelas, telah memberikan penghargaan kepada seramai 45 orang guru bahasa Melayu daripada sekolah rendah, sekolah menengah dan prauniversiti. Tahun ini, terdapat dua kategori anugerah: ‘sekolah rendah’ dan ‘sekolah menengah & prauniversiti’. Sejumlah empat anugerah akan diberikan.

4. Pencalonan dibuka dari 10 Februari 2017 hingga 7 April 2017. Pelajar, pendidik, ibu bapa dan orang awam diundang untuk mencalonkan calon-calon yang sesuai menggunakan borang pencalonan rasmi yang akan diedarkan ke semua sekolah Singapura. Borang-borang pencalonan juga boleh dimuat turun dari:

  • www.mbms.sg
  • www.mllpc.sg
  • www.beritaharian.sg

5. Pencalonan juga boleh dilakukan melalui platform dalam talian di http://tinyurl.com/AGAB2017-nomination. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi MOE_MLLPC_Secretariat@moe.gov.sg.

6. AGAB 2017 akan dianjurkan bersama oleh Majlis Bahasa Melayu, Singapura, Persatuan Guru Bahasa Melayu, Berita Harian dan Jawatankuasa Pembelajaran dan Penggalakan Penggunaan Bahasa Melayu.

Find Tuition/Enrichment Centres